Jack Ma Alibaba Jutawan Yang Bangun Dari Keluarga Miskin (PART II) – Pada tahun 1999, Alibaba Group telah didaftarkan di Hangzhou untuk perusahaan dalam bentuk e-dagang global.
Sehingga 2012, dua portal Alibaba mengendalikan perniagaan berjumlah RM727,000,000,000.00 dan pada 19 September 2014, nialai pasaran Alibaba berjumlah RM988,000,000,000.00 (RM1 Trilon).
Pada Oktober 2005, Alibaba dan Yahoo telah menjalin sebuah perkongsian jangka panjang yang mana 40% daripada syarikat Alibaba diambil alih oleh Yahoo.
Manakalah Alibaba memperoleh teknologi Yahoo dan boleh menggunakan sumber sejagat mesin pencari tersebut. Hasilnya, Alibaba menjadi salah satu syarikat internet terbesar di China.
Pada 18 September 2014, dalam Bursa Saham New York, Alibaba Group telah mengatasi Facebook dalam jumlah penawaran awam permulaan (IPO) mejadikan penyenaraian teknologi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
Baca Juga : Jack Ma Alibaba Jutawan Yang Bangun Dari Keluarga Miskin (PART I)
Anak Syarikat Alibaba Group
Alibaba Cloud Computing
Alibaba.com Ltd.
Alisoft Holding Limited
AutoNavi Holdings Ltd
China Yahoo!
ChinaVision Media Group Limited
cnzz.com, Inc.
eTao
Taobao.com
Tmall.com
Jack Ma Alibaba Jutawan Yang Sangat Berjaya
Jack Ma memberi inspirasi kepada pengusaha perdagangan berasaskan internet. Ini menjadikan beliau seorang contoh yang berjaya dalam bidang tersebut.
Baca Juga : Pemeran Ip Man Donnie Yen Pernah Patahkan Jari Tangan Mike Tyson
Tiada apa yang mustahil. Hanya memulakan sedikit pelaburan, akhirnya menjadi gergasi dalam dunia perniagaan. Dengan adanya internet, dunia bergerak pantas dan yang lemah dan lembab akan tewas.
Jack Ma hanya merialisasikan satu idea yang mudah yang asalnya daripada penyelesaian masalah yang wujud dalam e-dagang.
Cetusan tersebut diiringi ketekunan dan usaha yang jitu untuk menjadikan empayarnya lebih luas.